.

.

Keon hampir pasti ke Melaka United

Bekas kapten Kedah, Khairul Helmi Johari dilaporkan bakal menyertai Melaka United selepas meninggalkan skuad Lang Merah akhir musim ini.

Khairul Helmi Johari atau lebih mesra disapa Keon dilaporkan memilih untuk beralih angin ke selatan bersama Melaka United sebagai pasukan baharunya untuk kempen Liga Malaysia 2021.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkata, Keon yang sebelum ini merupakan 'one man club' selepas 14 tahun bersama Kedah telah membuat keputusan mengenai masa depannnya selepas dilepaskan pasukan berkenaan.

"Bekas kapten Kedah, Khairul Hel Johari bakal menyertai pasukan lain buat pertama kali dalam kariernya apabila difahamkan memilih Melaka United sebagai pasukan baharunya musim depan," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Keon yang kini berusia 32 tahun merupakan lagenda skuad Lang Merah selepas meraih pelbagai kejuaraan dengan 12 piala ketika bersama pasukan gergasi utara tanah air itu.

Penyertaan Keon ke dalam Melaka United dilihat sebagai salah satu usaha Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) untuk memberikan nafas baharu kepada kelab bagi memberikan saingan dalam kempen Liga Super 2021.

Foto: FA Kedah

Powered by Blogger.