.

.

MUSA pemilik MUFC

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1jHXkaTXMmMdX37YcSXGu1dknU-eVlUZ6

Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dinamakan sebagai pemilik pasukan yang dijenamakan semula, Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC).

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Seri Mohd Yusoff Mahadi berkata, MUFC bakal diterajui Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sementara Bendahari Kehormat MUSA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab.

Katanya, Zainal Abidin Hassan pula akan kekal sebagai ketua jurulatih MUFC musim depan sekali gus menjadi pengendali paling lama Melaka United sejak dinaikkan pangkat dari Liga FAM.

"MUFC ini pemiliknya adalah MUSA. Pengerusi kelab adalah Ketua Menteri yang merupakan Presiden MUSA sendiri. Ahli Lembaga Pengaraj telah bersetuju melantik Ketua Pegawai Eksekutif kerana ada keperluan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Qpv8LVXkoZ4JBmyjHTM4Chze2DJdke6e


"Dari situ kita boleh melihat perancangan dan perjalanan MUFC tahun depan," katanya dalam sidang media di Stadium Hang Jebat petang tadi.

Dalam majlis berkenaan, Mohd Yusoff turut mengumumkan untuk meneruskan kerjasama dengan pengeluar barangan sukan tempatan, Al-Ikhsan selaku penaja rasmi jersi pasukan MUFC musim depan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1JrATBzG65_JMye4RHHaRun-rwMv7_ErC


Sementara itu, Zainal Abidin memberi jaminan pembaharuan skuad sedia ada dan melihat 2021 sebagai tahun menuju kejayaan.

"Yang penting, pemain yang dikekalkan harus berkorban kerana saya pun berkorban, semua perlu lakukannya untuk mendapatkan kejayaan lebih baik.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan saya gambaran yang begitu baik untuk saya untuk membina pasukan 2021 yang lebih baik," ujarnya.

Foto: MUSA

Powered by Blogger.