.

.

MUSA tawar Zainal Abidin kontrak sambungan semusim

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xUtVzV6J8zxZqx1gapripW5mX-aCTWVG

Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan mempunyai masa sehingga esok (Jumaat), untuk membuat keputusan mengenai masa depannya bersama Melaka United.

Selepas terlepas beberapa calon berpotensi, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dilaporkan mahu memberikan peluang terakhir kepada Zainal Abidin untuk membuktikan kemampuannya.

Bendahari Kehormat MUSA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, Zainal Abidin ditawarkan kontrak sambungan selama semusim sahaja.

"Kami telah mengadakan perbincangan bersama Zainal Abidin beberapa hari lalu. Kami menawarkanny untuk bersama Melaka United bagi musim 2021.

"Tetapi keputusannya akan dibuat pada Jumaat ini (esok) selepas kami memintanya untuk menyiapkan satu kertas cadangan pasukan dan latihan bagi musim musim depan. Sekiranya kontrak disambung, itu hanya untuk semusim sahaja.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1BX-79mLw1VDNk2qfIOZwyda-ECoNfC8W

"Masih ada beberapa syarat yang kami tetapkan berdasarkan bajet dan keputusan yang ditetapkan.

"Jika ada rezeki dikekalkan, saya mintanya agar memberikan yang terbaik kerana sudah dua musim bersama Melaka United," katanya kepada Astro Arena semalam.

Beberapa nama dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih Melaka United namun atas beberapa faktor termasuk kewangan, MUSA beralih arah untuk mengekalkan Zainal Abidin semusim lagi di Stadium Hang Jebat.

Foto: MUSA

Powered by Blogger.