.

.

Sulaiman tagih magis Idris kembalikan kegemilangan bola sepak Melaka


Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron dilihat semakin hampir membuat kemunculan semula dalam badan induk bola sepak negeri Melaka itu.


Berikutan khabar angin yang bertiup kencang di media-media tempatan, Idris yang pernah menerajui persatuan itu selama empat tahun bakal kembali ke Wisma MUSA atas permintaan Presiden, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Presiden MUSA itu dikatakan telah menawarkan Idris untuk kembali menerajui MUSA bagi membantu meringankan beban dan tanggungjawab beliau menerajui kepimpinan kerajaan negeri.



Sulaiman dilihat mahukan sentuhan magis Idris yang pernah menerajui MUSA dari 2014 hingga 2018 untuk kembali meletakkan bola sepak Melaka ke kedudukan yang lebih baik.


Selain itu, Sulaiman mahu melihat Idris sebagai individu yang paling tepat bagi mengemudi bola sepak Melaka yang dilihat terumbang-ambing serta terpalit dengan pelbagai isu yang sedikit sebanyak telah menjejaskan nama persatuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Adakah Idris bakal kembali menerajui MUSA dan mengembalikan kegemilangan bolasepak Melaka seperti suatu ketika dahulu? Masa akan menentukannya.


Artikel ini adalah sumbangan Azizi Shahril.

Powered by Blogger.