.

.

Tiada lagi ‘anak emas’ Zainal Abidin


Kelibatnya di padang sering mendapat kecaman penyokong sehingga dilabel ‘anak emas’ ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan. 


Apa tidaknya apabila statistik penampilan Saiful Ridzuwan Selamat musim menunjukkan beliau antara nama utama yang berada dalam kesebelasan utama Melaka United.



Di jentera tengah hanya Romel Morales membuat penampilan lebih daripadanya dengan 11 kali berbanding Saiful Ridzuwan (10), Safiq Rahim (9), Ahmad Syamin Yahya (9) dan Curran Singh Ferns (5).


Namun, khabar dari Paroi semalam pastinya memberikan ‘kelegaan’ kepada segelintir penyokong Melaka United yang mahu Zainal Abidin menyingkirkan Saiful Ridzuwan daripda skuad hijau putih musim depan.



Menurut laporan Harian Metro, Saiful Ridzuwan dan pemain sayap, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir telah menandatangani kontrak bersama Negeri Sembilan untuk musim 2021 semalam.


Foto: MUSA

Powered by Blogger.