.

.

Kepulangan semula Super Simic?

Penyerang Persija Jakarta, Marko Simic dilaporkan menjadi calon alternatif Melaka United jika perpindahan Ivan Lendric tidak menjadi kenyataan.

Ini susulan laporan sebuah portal yang mendakwa proses perpindahan Lendric ke Melaka United berdepan kesukaran selepas kelabnya, Zeljenicar dari Bosnis Herzegovina enggan menyerahkan surat pelepasan.



Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, perbincangan dengan Lendric kini di fasa terakhir dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.


“Keputusan menandatangani Lendric akan dimuktamadkan dalam tempoh sehari dua. Buat masa ini, apa yang kita maklum Zeljenicar enggan memberikan surat pelepasan kepadanya untuk berhijrah.


“Saya akan berhubung dengannya untuk mendapatkan kepastian, jika tiada surat pelepasan diberikan kami terpaksa lupakan khidmatnya untuk membantu Melaka United musim ini,” jelasnya kepada portal itu hari ini.



Mengulas lanjut, Mohd Saiful berkata, beliau telah menghubungi Persija Jakarta sebagai plan B untuk membawa pulang Simic secara pinjaman ke Melaka.


“Mereka bersetuju dan apa yang boleh saya katakan perbincangan ini juga akan diputuskan dalam masa terdekat selepas urusan mendapatkan tandatangan Lendric berjaya atau sebaliknya,” ujarnya.

Powered by Blogger.