.

.

Melaka United kemuka rayuan

Bimbang berdepan tindakan penurunan divisyen, Melaka United difahamkan telah mengemukakan rayuan untuk diberi masa bagi melengkapkan dokumen berkaitan.

Menurut sumber, Melaka United difahamkan kini dalam peringkat terakhir menyelesaikan segala isu yang tertunggak bagi membolehkan kelab itu kekal beraksi di Liga Super musim ini.


“Kita dalam proses pembayaran. Surat rayuan juga telah diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” kata sumber itu hari ini.


Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa dua kelab masing-masing dari Liga Super dan Liga Premier mungkin ‘ditendang’ keluar daripada Liga Malaysia  selepas gagal melengkapkan dokumen bagi membolehkan mereka bertanding.


Ketika sepak mula tinggal kurang daripada dua bulan, kedua-dua pasukan itu gagal melengkapkan dokumen berkaitan pelbagai agensi termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, nasib pasukan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM minggu depan.


Foto: MUFC

Powered by Blogger.