.

.

Kena kencing? PFAM nafi isu gaji pemain Melaka United selesai

Isu tunggakan dan bayaran gaji Melaka United kini memasuki episod baharu apabila Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menafikan kenyataan mengenai penyelesaian yang dilakukan kelab tersebut.

PFAM menerusi ciapan di Twitter rasminya memberitahu, pemain-pemain Melaka United masih belum menerima sebarang bayaran daripada kelab.



Itu bercanggah dengan kenyataan Melaka United pada sebelah pagi yang menyatakan isu tunggakan gaji telah selesai kecuali bagi Narupon Wild Putson yang hanya akan dibayar dalam tempoh terdekat.


“Sehingga hari ini, 10 Februari jam 11 pagi, pemain yang diwakili PFAM iaitu pemain pasukan utama, pemain Piala Presiden Melaka dan Curran Singh Ferns MASIH BELUM menerima apa-apa bayaran seperti yang dinyatakan dalam kenyataan ini,” katanya.


Sementara itu, Fern turut menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas majikannya.


“Kenyataan yang sangat menipu. Saya tidak menerima sebarang bayaran,” katanya menerusi Instagram story. 

Powered by Blogger.