.

.

Melaka United, JDT berentap di final kejohanan 4 penjuru


Melaka United United merekodkan prestasi memberangsangkan dalam aksi pramusim apabila berjaya mara ke final kejohanan empat penjuru yang diadakan di Johor sejak minggu lalu.


Berdepan skuad juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC dan JDT II, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan telah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua aksi perlawanan.


Menanti di final yang akan berlangsung pada 26 Feberuari ini adalah skuad dipenuhi pemain bintang JDT.


Perlawanan pramusim ini dilihat sebagai platform terbaik untuk muka baharu dan lama mencipta keserasian sekali gus membantu Zainal Abidin membentuk skuad mantap bagi mengharungi Liga Malaysia 2021.


Antara pemain yang mencetak nama sebagai penjaring gol adalah Sony Norde, Alex Goncalves, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Akmal Zahir.



Maklumat lebih terperinci tidak dapat disiarkan kerana kejohanan ini diadakan secara tertutup.


Selepas final, Melaka United bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kelantan FC yang dijangka diadakan di Melaka.

Powered by Blogger.