.

.

Persija enggan lepas Simic


Hasrat penyokong Melaka United untuk melihat 'kepulangan yang dinanti' Marko Simic ke bumi Hang Tuah kian samar selepas Persija Jakarta dilaporkan enggan melepaskan bintang dari Crotia itu.

Memetik laporan portal bola sepak Indonesia, Bola, Pengarah Persija Jakarta, Ferry Paulus berkata, beliau tidak maklum mengenai hasrat Melaka United bagi mendapatkan Simic secara pinjaman semusim.

"Saya belum dengar soal khabar (berita) itu. Saya (akan) pastikan Simic tidak akan dipinjamkan ke Melaka United katanya kelmarin.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Melaka United menjadikan Simic sebagai calon alternatif sekiranya usaha membawa masuk penyerang, Ivan Lendric ke kelab Liga Super itu tidak menjadi kenyataan.

Portal itu turut memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri sebagai berkata, proses mendapatkan Lendric kini di peringkat akhir namun berdepan sedikit kesukaran selepas majikannya, Zeljenicar enggan mengeluarkan surat pelepasan.

Melaka United mengekalkan hanya dua pemain import musim lalu iaitu Jang Suk-won dan Sony Norde.

Difahamkan kelab itu telah mengikat pemain kebangsaan Filipina, Manuel Ott sementara penyerang Persikabo, Alex dos santos Goncalves dijangka menyertai skuad kendalian Zainal Abidin Hassan.

Foto: Marko Simic, FK Zeljeznicar

Powered by Blogger.