.

.

Tiada warna keramat, Melaka United pilih hijau ‘pucuk pisang’


Kelab Bola Sepak Melaka United (Melaka United) memperkenalkan jersi baharu yang bakal digunakan bagi mengaharungi kempen Liga Malaysia 2021.



Menampilkan kelainan tahun ini, jersi keluaran Al-Ikhsan itu tidak mengekalkan warna keramat hijau seperti yang digunakan selamanya ini sebaliknya beralih ke warna hijau muda seperti yang digunakan antara musim 2011 dan 2013.



Pelancaran jersi baharu itu disempurnakan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Sulaiman Md Ali menerusi video yang disiarkan di Facebook rasmi pasukan.



Untuk jersi utama (home) penjaga gol, warna merah menjadi pilihan pasukan sementara pasukan itu turut mengekalkan jersi berwarna putih dan mempunyai jalur merah.


Jersi ini sudah mudah dijual di cawangan Al-Ikhsan di Dataran Pahlawan, Melaka sejak pukul 9.45 malam tadi.

Powered by Blogger.