.

.

‘Badi’ berakhir, Melaka United akhirnya cipta kemenangan sulung Liga Super

Selepas melalui hari yang sukar semalam selepas ditolak tiga mata, awam mendung telah berlalu untuk Melaka United.

Kemarau kemenangan selepas merekodkan keputusan seri dalam kesemua empat perlawanan Liga Super berakhir apabila Melaka United berjaya menewaskan Kuala Lumpur City 2-1 di Stadium Hang Jebat malam tadi.


Turun dengan misi meraih tiga mata penuh, Melaka United bermula garang dengan cubaan leret Sony Norde pada minit ketiga.



Pelawat turut mencipta dua gerakan berbahaya di babak pertama menerusi percubaan Hadin Azman pada minit ke-14 dan Dominique da Sylva (31’) namun diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.


Awal babak kedua menyaksikan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu menggadakan asakan dan usaha itu berhasil pada minit ke-51 apabila Alex dijatuhkan Giancarlo Gallifioco dalam kotak penalti.



Bekas penyerang Persikabo 1973 itu tidak mempunyai masalah menewaskan Kevin Mendoza untuk meletakkan Melaka United didepan.


Pelawat selepas itu cuba mencari gol penyamaan menerusi Da Sylva namun percubaan jarak jauh penyerang itu sedikit melepasi palang.


Namun, Melaka United berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-80 sekali lagi menerusi Alex  selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Indra Putra Mahyuddin.



Gol saguhati Kuala Lumpur diperoleh menerusi pemain gantian, Azim Rahim menerusi flik ke belakang hasil daripada gerakan sepakan sudut pada minit ke-88.


Kemenangan ini menyaksikan Melaka United mengutip empat mata daripada lima perlawanan termasuk ditolak tiga mata semalam.

Powered by Blogger.