.

.

Kekal atau dipecat? Nasib Zainal Abidin ketahui esok


Keputusan sama ada kontrak Zainal Abidin Hassan serta dua pembantunya akan ditamatkan atau terus membimbing Melaka United bakal ditentukan esok.


Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd. Saiful Md. Sapri berkata, Presiden, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali akan mengetuai mesyuarat khas pengurusan tertinggi bagi mendengar laporan post-mortem ekoran prestasi buruk Sang Kancil dalam aksi Liga Super musim ini.


Selepas mengharungi sembilan perlawanan, Melaka United menduduki tangga ketiga tercorot dengan mengalami tiga kekalahan, empat seri dan dua kemenangan.


“Saya telah diarahkan oleh presiden dan pemilik baharu, KenTeam Sdn. Bhd. untuk menyerahkan laporan post-mortem berhubung prestasi terkini skuad kendalian Zainal Abidin Hasan selepas tewas 2-3 kepada Selangor.



“Daripada sembilan perlawanan, pasukan kita sekadar menang dalam dua kali, seri empat dan tewas tiga. Lebih mengecewakan kita tewas dua kali di gelanggang sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.


Untuk rekod, dalam lima perlawanan terakhir, Melaka United hanya menang satu, seri satu dan tewas tiga kali.


Kekal atau disingkirkan?


Foto: MUFC

Powered by Blogger.