.

.

KENteam bos baharu MUFC

Syarikat pengeluar sarung tangan getah, KENteam kini sah sebagai pemegang saham utama kelab Liga Super, Melaka United dengan saham sebanyak 70 peratus sekali gus menjadi pemilik baharu kelab tersebut.

Baki 30 peratus lagi saham kelab kekal milik Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

Ketua Pegawai Eksekutif KENteam Sdn. Bhd., Datuk Seri Justin Lim berkata, beliau bersyukur diberikan peluang kepada pihak KenTeam untuk menyertai Melaka United dan membantu menaikkan imej bolasepak negeri Melaka


“Minat yang ditunjukkan oleh KENteam adalah selepas menilai potensi Melaka United sebagai salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan liga bolasepak teratas Malaysia yang berpotensi menjadi sebuah kelab bolasepak yang disegani dan terkemuka di negara ini,” katanya menerusi siaran media hari ini.



Turut berlangsung pelancaran jersi ketiga Melaka United yang menggunakan warna biru laut serta pelancaran Bas Melaka United FC yang disempurnakan YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Turut dihadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.


Foto: Christopher Raj

Powered by Blogger.