.

.

KENteam pemilik baharu Melaka United?

Syarikat pengeluar sarung tangan getah, KENteam disebut-sebut sebagai pemegang saham utama Melaka United sekali gus menjadi pemilik baharu kelab tersebut.

Ini sekali gus menjawab teka-teki siapa bakal menjadi pemilik baharu kelab selepas Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Md Sapri mengesahkan peralihan saham kelab.

 

KENteam mengeluarkan produk sarung tangan getah untuk pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Indonesia, Itali, Jepun dan Korea Selatan.


Kehadiran syarikat ini sebagai pemilik baharu kelab dijangka mampu menyuntik semangat pasukan termasuk penyaluran dana ke dalam pasukan sekali gus memacu kelab ke arah lebih baik.


Menurut laporan Melaka Hari Ini semalam, pemilik baharu dijangka mengekalkan kepimpinan sedia ada untuk kekal mentadbir sepanjang musim ini.

Powered by Blogger.