.

.

Nidzam, Mehmet calon ganti Zainal Abidin

Bekas pengendali Perak FC, Mehmet Durakovic dan Nidzam Jamil dikaitkan sebagai calon berpotensi mengemudi Melaka United jika kelab mengambil keputusan menyingkirkan Zainal Abidin Hassan.

Ketika ini, nasib Zainal Abidin ibarat telur di hujung tanduk dengan dua perlawanan lagi bakal menjadi kayu ukur sejauh mana bekas penyerang kebangsaan itu akan kekal di Melaka.



Durakovic dilihat sebagai calon utama pengganti Zainal Abidin selepas mempunyai rekod yang baik di Liga Malaysia selepas menang dua kali Piala Malaysia ketika bersama Selangor dan Perak.


Ketua jurulatih kelahiran Montenegro itu kini merupakan ejen bebas selepas kontraknya bersama Perak FC ditamatkan secara bersama atas permintaan beliau sendiri pada 19 Februari lalu.


Namun, usaha memancing Durakovic sedikit sukar kerana permintaan gaji beliau yang tinggi dianggarkan sekitar RM180,000 sebulan.



Berbanding satu lagi opsyen, Nidzam dilihat lebih realistik kerana pemintaan gajinya enam kali lebih rendah berbanding Durakovic yang dianggar sekitar RM30,000 sebulan.


Nidzam menjadi ketua jurulatih termuda memenangi kejohanan liga di Malaysia apabila berjaya mengemudi kelab KL SPA FC menjuarai Liga FAM pada 2012.



Karier bekas pertahanan Selangor itu pernah mengemudi beberapa pasukan lain seperti Air Asia  FC, pasukan universiti Malaysia dan ketua jurulatih Felda United.


Nidzam kini menjadi jurulatih di Felda dan bersama program pembangunan bola sepak Felda 2021. 


Foto: Media Sosial, Nidzam Jamil

Powered by Blogger.