.

.

Pemilik baharu Melaka United diperkenal hari ini

Belum pun sampai setahun jagung diswastakan, Kelab Bola Sepak Melaka United bakal menerima pemilik baharu yang dijangka menyuntik tajaan besar kepada pasukan.

Menurut laporan Melaka Hari Ini, pemilik baharu kelab itu bakal diperkenalkan hari ini dalam sebuah majlis yang akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri mengenai rundingan tersebut namun enggan mendedahkan nama bakal pemilik pasukan itu.



“Memorandum persefahaman (MoU) itu bukan sahaja membabitkan aspek tajaan besar tetapi mereka juga bakal mengambil-alih atau menjadi pemilik Melaka United.


“Mengenai nilai tajaan saya tidak boleh komen dahulu. Apapun tunggu sahaja pengumuman mengenainya yang akan dibuat pada Rabu (hari ini) di Kuala Lumpur, katanya.


Mengulas lanjut, Mohd Saiful berkata, biarpun kelab diambil-alih pemilik baharu, pengurusan sedia ada termasuk dirinya akan kekal mentadbir pasukan sepanjang musim ini.


Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan  dengan pegawai pasukan dan pemain untuk memaklumkan perkara tersebut.

Powered by Blogger.