.

.

Zainal Abidin puji aksi anak buah


Zainal Abidin Hassan memuji disiplin dan persembahan yang dipamerkan anak buahnya ketika menundukkan Perak FC di Ipoh pada Ahad lalu.

Kata ketua jurulatih itu, kejayaan membawa pulang tiga mata ke Melaka adalah disebabkan kerja keras yang ditunjukkan setiap pemain.


“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pemain-pemain Melaka United kerana berjaya meraih tiga mata penting yang amat diperlukan.



“Bukan mudah beraksi di Ipoh menentang Perak FC dan mereka (pemain-pemain Melaka) menunjukkan disiplin yang tinggi hingga ke wisel penamat.


“Jadi kepada para pemain, tahniah kerana disiplin mereka, bukan sahaja pemain pertahanan malah setiap pemain kerana menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Tiga mata yang diraih ini adalah hasil kerja keras oleh setiap pemain, itu yang paling penting,” katanya menerusi kenyataan di laman web rasmi kelab hari ini.

Powered by Blogger.