.

.

CEO Melaka United letak jawatan, Zainal Abidin kekal

Datuk Saiful Mat Sapri melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United FC, berkuatkuasa hari ini.

Keputusan mengejut itu dimaklumkan dalam pertemuan bersama pengurusan kelab di Ayer Keroh, Melaka petang tadi.

"Memang saya meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perniagaan yang selama ini saya abaikan," kata Saiful ketika dihubungi.

"Jadi inilah masa terbaik buat saya untuk membuat keputusan selepas melihat MUFC kini sudah kembali stabil dari semua aspek,” katanya dipetik daripada Berita Harian hari ini.

Difahamkan pemilik kelab, Datuk Seri Justin Lim kini mengambil alih jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United yang baharu.

Dalam perkembangan berkaitan, nasib ketua Zainal Abidin Hassan selaku pengendali Melaka United dilaporkan selamat.

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, ketua jurulatih skuad hijau putih itu akan kekal membimbing pasukan sehingga akhir musim ini.

“Zainal Abidin kekal sebagai jurulatih melaka sehingga penghujung musim - Lim,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Powered by Blogger.