.

.

Gomes, Gary Steven Robbat ganti Alex, Nikolic


Kepincangan yang jelas di jentera serangan memaksa Melaka United mengambil langkah menamatkan kontrak dua penyerang import, Stefan Nikolic dan Alex Goncalves pada jendela perpindahan Mei ini.

Tidak menunggu lama, skuad hijau putih itu dilaporkan telah membawa masuk penyerang baharu dari Brazil, Giovane Gomes da Silva bagi mengetuai jentera serangan pasukan.

Difahamkan penyertaan penyerang berusia 25 tahun itu ke Melaka United adalah secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Gomes difahamkan telah pun selesai menjalani ujian perubatan.

"Melaka United berjaya mendapatkan penyerang baru secara pinjaman Gomes dari kelab Brazil, difahamkan telah menjalani ujain perubatan hari ini bagi menggantikan Nikolic selain Alex yang ditamatkan kontrak," katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Gomes kini beraksi bersama kelab divisyen keempat Brazil atau lebih dikenali sebagai Serie D, SER Caxias do Sul. 

Dalam pada itu, Melaka United turut membawa masuk pemain JDT, Gary Steven Robbat secara pinjaman musim ini. 

Gary merupakan pemain keempat dibawa masuk secara pinjaman dari Johor Darul Ta'zim selepas Hasbullah Abu Bakar, S. Kumaahran dan Che Rashid Che Halim.
Powered by Blogger.