Kontrak Nikolic, Alex bakal ditamatkan

Melaka United bakal menamatkan kontrak dua penyerang import lebih awal selepas gagal mempamerkan aksi yang diharapkan sepanjang 13 perlawanan Liga Super musim ini.

Menurut penyampai berita Astro Arena, Hafizal Hamad, dua pemain yang dimaksudkan adalah Stefan Nikolic dan Alex Goncalves Dos Santos.


“Melaka (United) pula bakal tamatkan kontrak pemain import Stefano (Nikolic) dan Alex (Goncalves),” katanya menerusi ciapan di Twitter pagi tadi.


Untuk rekod, Alex telah menjaringkan tiga gol setakat ini namun kesemuanya menerusi sepakan penalti. 


Nikolic pula telah meledak sebanyak empat kali dalam tujuh perlawanan, dua gol menerusi permainan terbuka sementara dua gol lagi hasil sepakan penalti.


Prestasi hambar kedua-dua penyerang itu mendapat kritikan penyokong yang mendesak agar mereka digugurkan pada jendela perpindahan kedua ini.