.

.

Penyudah tumpul, Melaka United rekod tiga perlawanan tanpa menang


Diberikan dua perlawanan, GAGAL. Dan dua lagi perlawanan diberikan untuk menyelamatkan kariernya di Melaka juga gagal. Menang sekali, satu seri dan tewas dua.

Selama mana pemilik Melaka United mampu mempertahankan ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan untuk terus mengendalikan pasukan sehingga akhir musim?

Menang tipis ke atas pasukan bermasalah di Perak FC 1-0, tewas  3-1 di laman sendiri kepada Kedah Darul Aman, tumpas sekali lagi 3-1 kepada Sabah dan malam tadi, skuad hijau putih itu masih gagal merekodkan kemenangan selepas seri tanpa jaringan dengan PJ City.

Berdepan tekanan untuk terus kekal mengendalikan Melaka United, Zainal Abidin melakukan perubahan dengan tidak menggandingkan dua tonggak import, Stefan Nikolic dan Alex Goncalves.

Sebaliknya, Alex diletakkan di bangku simpanan bagi memberikan ruang Nikolic beraksi sebagai penyerang tunggal.

Menguasai permainan di babak pertama, Melaka United harus menyalahkan diri sendiri selepas deretan peluang yang diperoleh gagal disempurnakan. 

Ketangkasan penjaga gol lawan, Kalamullah Al-Hafiz juga menjadi penyebab kepada keputusan kekal tanpa jaringan di babak pertama.

Beraksi di depan 367 orang penonton yang hadir ke Stadium Hang Jebat, perlawanan dilihat lebih seimbang di babak kedua dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak.

Nikolic dibawa keluar Zainal Abidin dan membawa masuk Alex di separuh masa kedua. Namun, tiada sebarang impak yang mampu dijelmakan bekas penyerang Persikabo 1973 itu dan keputusan tanpa jaringan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Keputusan itu meletakkan Melaka United di zon penyingkiran di kedudukan ke-11 daripada 12 pasukan yang bertanding di Liga Super selepas 13 perlawanan.

Mungkin masanya telah tiba untuk Datuk Seri Justin Lim memikirkan calon yang lebih sesuai untuk mengendalikan pasukan miliknya itu atau terus berdepan tekanan tersingkir ke Liga Premier.

Liga Malaysia akan berehat seketika selepas ini bagi memberikan laluan aksi antarabangsa, dan inilah masanya... 

Powered by Blogger.