.

.

Pinjam pemain JDT, Melaka United sedia lepaskan beberapa pemain


Melaka United bakal melepaskan beberapa pemain tempatan dan import yang gagal mempamerkan aksi memberangsangkan dalam kempen Liga Super musim ini.

Fokus utama yang diberikan tumpuan adalah pemain di bahagian serangan dan pertahanan kerana tidak memberikan impak kepada pasukan.

Untuk itu, Melaka United bakal membawa masuk pemain dari pasukan jiran, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada jendela perpindahan ini.

Untuk rekod, tiga pemain JDT telah dipinjam Melaka United musim ini termasuk S. Kumaahran, Hasbullah Abu Bakar dan Che Rashid Che Halim.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, jika terdapat peruntukan tambahan daripada pengurusan tertinggi, beberapa pelan telah dirangka termasuk membawa masuk beberapa muka baharu.

"Ini termasuk dalam kalangan pemain import yang gagal membuktikan kewibawaan masing-masing selepas mengharungi 10 perlawanan awal setakat ini.

"Saya yakin ini akan dilakukan sebelum jendela perpindahan kedua ditutup kerana penelitian teliti perlu dilakukan. Apa pun, semuanya tunggu dan lihat selepas perlawanan berdepan PJ City Ahad ini," katanya kepada Berita Harian semalam.

Foto: MUFC
Powered by Blogger.