.

.

Pusat latihan baharu Melaka United siap 2022

Sebuah pusat latihan baharu skuad Melaka United akan dibina dalam tempoh terdekat dan dijangka siap dan boleh digunakan pasukan pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, bajet pembinaan dan reka bentuk fasiliti itu telah ada dan projek pembinaan akan dimulakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, beliau berharap dengan pembinaan pusat latihan baharu mampu menyerlah potensi pemain sedia adan dan melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat di negeri ini untuk menyarung jersi pasukan.

"Pusat latihan Melaka United ini sudah ada penaja sebelum diambil-alih. Reka bentuk dan duit telah ada cuma nak dimulakan selepas Hari Raya. Kalau tiada halangan, tahun depan (pasukan) sudah boleh guna pusat latihan itu.

"Yang paling penting fasiliti. Dengan adanya fasiliti yang bagus akan melahirkan ramai pemain berbakat khususnya anak Melaka. 

"Jika tiada fasaliti yang bagus, kita akan susah kena beli banyak pemain luar dan bermain untuk Melaka United," katanya menerusi temubual eksklusif bersama Cakap Sukan semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Saiful berkata, pemilik baharu, KenTeam di bawah Datuk Seri Justim Lim turut berhasrat mengambil-alih Stadium Hang Jebat.

"Banyak perancangan yang beliau hendak lakukan. Mungkin ambil-alih Stadium Hang Jebat dan diletakkan di bawah kelab.

"Beliau juga merancang menjadikan kawasan di stadium itu sebagai satu hab sukan. Akan ada juga rakan niaga beliau yang dibawa bersama," ujarnya.

Foto: Perbadanan Stadium Melaka

Powered by Blogger.