.

.

Undurlah diri secara terhormat...

Tidak perlu desakan penyokong dan mohon undur diri secara terhormat. Itu pandangan yang disuarakan bekas penyerang Melaka, Abdul Halim Jantan terhadap Zainal Abidin Hassan.

Abdul Halim berkata, Zainal Abidin bertanggungjawab sepenuhnya terhadap situasi yang berlaku kini kerana segala percaturan taktikal dan pemilihan pemain terletak di tangan ketua jurulatih itu sendiri.

Katanya, beliu hairan bagaimana Zainal Abidin boleh kekal mengendalikan kelab sedangkan trek rekod bekas penyerang kebangsaan itu di Melaka tidak boleh dibanggakan.

“Bagi saya tak perlu tunggu desakan penonton, kita (jurulatih) kena bertanggungjawab sepenuhnya. Tak perlulah nak bagi masa kalau di Liga Perdana Inggeris pasti dia sudah dipecat.

“Kalau rasa dipecat agak memalukan diri, baik undur diri secara tehormat kerana taktikal masih tidak berubah. Jika semua pemain adalah pilihan dia sendiri, kenapa hasilnya masih sama?

“Maaf pemain import dan sesetengah pemain tempatan tidak layak berada dalam pasukan,” katanya.

Keputusan pengurusan kelab memberikan Zainal Abidin lebih masa mencetuskan kemarahan penyokong selepas keputusan ala yo-yo dicatatkan Melaka United dibawah kendalian pengendali itu.

Lebih memalukan apabila Melaka United tumpas 3-1 kepada Sabah di Likas malam tadi sekali gus meletakkan kelab dikedudukan bahaya menghampiri zon penyingkiran.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, perubahan perlu dilakukan kelab dalam tempoh terdekat dan membawa masuk bekas pemain untuk memberikan pandangan dan idea dalam hal-hal berkaitan.

“Patut ini tahun gemilang dan cemerlang Melaka United kerana dia juga menjadi ketua jurulatih.

“Berani berubah atau kembali ke takuk lama. Pengurusan apa salah lantik bekas pemain dalam pasukan untuk bersama mencari titik persamaan bagi mencapai kejayaan,” katanya.

Powered by Blogger.