.

.

10 pemain Penang hukum Melaka United

Melaka United gagal menggunakan peluang beraksi dengan kelebihan seorang pemain apabila tewas 2-1 kepada Penang FC di Stadium Bandaraya malam tadi.

Tidak seperti beberapa aksi menyakinkan sejak aksi Liga Super bersambung, prestasi yang dipamerkan ketika menenteng Penang FC yang kini di tangga ketiga liga ternyata sumbang.

Dalam aksi malam tadi, Penang FC terlebih dahulu mendapat peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-15 namun sepakan voli Amer Azahar tinggi melepasi palang gol.

Selang empat minit kemudian, giliran Sony Norde menguji pertahanan tuan rumah namun percubaan pemain antarabangsa Haiti dari luar kotak penalti sedikit tinggi melepasi palang gol Somerville.

Minit ke-29 pula menyaksikan tandukan Anselmo Casagrande menerusi sepakan penjuru tepat ke arah Khairul Fahmi Che Mat, percubaan ke arah gol pertama dalam perlawanan malam ini.

Percubaan daripada sepakan percuma Adriano pada minit ke-42 pula ditepis Somerville namun Giovanne Gomes lewat untuk menyudahkan bola muntah tersebut.

Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain bagi baki 24 minit permainan apabila pemain tengah, Khairu Azrin Khazali dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-66 selepas menghalang larian Gomes.

Kekurangan seorang pemain tidak mematahkan semangat juang Penang FC apabila mereka berjaya mencetak gol pertama pada minit ke-75.

Sepakan penalti itu hadir selepas Jang Suk-won didakwa mengaja memaut dan menarik pemain import Penang FC, Rafel Vitor.

Vitor bagaimanapun tidak mempunyai masalah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk meletakkan skuad Harimau Kumbang itu 1-0 di depan.

Melaka United berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-82 namun ketangkasan Somerville menafikan sepakan percuba deras Adriano yang diberikan betul-betul di depan kotak penalti.

Usaha anak buah Zainal Abidin mencari gol penyamaan akhirnya berhasil apabila Giovanne Gomez menanduk masuk gol pertamanya musim ini hasil hantaran Wan Amirul Afiq pada minit ke-90.

Ketika aksi kelihatan adan berakhir dengan keputusan seri, pemain gantian, Sheriddin Boboev meledak gol kemenangan tuan rumah pada minit ketiga masa kecederaan.

Foto: MUFC

Powered by Blogger.