.

.

Sampai bila hendak ‘peram’ Keon

Hendak dikatakan terlalu muda untuk diberikan peluang bermain, jauh sekali malah Khairul Helmi Johari atau Keon sudah pun dilabel lagenda ketika bersama skuad Lang Merah.

Penghijrahan Keon ke Melaka United merupakan satu kejutan buat penyokong bola sepak tanah air kerana pemain berusia 32 tahun itu cukup setia dan cemerlang  dengan 12 kejuaran di trofi kabinetnya.


Namun, ‘kejutan’ paling dirasakan penyokong Melaka United apabila Keon kerap ‘diperam’ memanaskan bangku simpanan dengan hanya enam penampilan musim ini, empat daripadanya sebagai pemain gantian.

Adalah menjadi sesuatu yang merugikan Melaka United mengambil Keon tanpa menggunakan khidmat pertahanan berpengalaman itu apatah lagi melihatkan aksi longlai barisan pertahanan yang kerap dibolosi musim ini.


Zainal Abidin dilihat lebih cenderung menggandingkan Mohd Akmal Zahir atau Razman Roslan bersama Jang Suk-won di pertahanan tengah.

Beberapa siri kesilapan mudah dilakukan pertahanan sepatutnya membuka mata Zainal untuk cuba memberikan Keon peluang mempertaruhkan pengalamannya dan digandingkan bersama Suk-won.

Tidak salah mencuba dan jika berjaya pastinya satu keuntungan buat pasukan terutama bagi meneruskan baki saingan Liga Super dan kemudiannya mengharungi kempen Piala Malaysia nanti.


Powered by Blogger.