.

.

'45 minit seterusnya adalah nyawa kita' - Zainal Abidin


Satu kelegaan besar buat Zainal Abidin Hassan dan anak buahnya selepas berjaya menewaskan Perak FC sekali gus mengesahkan tempat di Liga Super musim depan.

Menurut bekas penyerang kebangsaan itu, tekanan begitu memuncak di bahu anak buahnya ketika di bilik persalinan separuh masa pertama selepas Melaka United ketinggalan 0-1 hasil jaringan sepakan penalti Sergio Aguero. 

Katanya, beliau cuba memberikan motivasi kepada kesemua pemain untuk kembali bangkit mencari kemenangan ketika moral pasukan bukan di tahap terbaik, gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini.


"Kita bermain penuh tekanan terutama di separuh masa pertama sehingga tidak dapat membentuk percaturan dan akhirnya ketinggalan.

"Saya beritahu pemain bahawa 45 minit selepas ini adalah nyawa kita, kehendak kita dan beri (persembahan) sehingga ke titisan peluh terakhir.

"Pemain-pemain dan pasukan sudah lepasi tekanan yang paling dirasai sekarang," katanya kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas aksi di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Foto: MUFC

Powered by Blogger.