Giovanne Gomes terlepas peluang keemasan meletakkan Melaka United di depan seawal minit ke-10 namun gagal menyudahkan peluang tangkapan kurang kemas penjaga gol Perak FC, Nasrullah Abdul Aziz.
Minit ke-17 pula menyaksikan sepakan percuma Sony Norde singgah di palang gol pelawat sementara tindakan susulan Gomes sekadar tinggi melepasi gawang.
Pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-30 selepas Khairul Anwar Shahrudin menjatuhkan Shahir Bashah di dalam kotak penalti.
Bekas penyerang import Melaka United, Sergio Aguero tidak berdepan masalah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk meletakkan pelawat 1-0 di depan.
Perak FC selepas itu berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-33, namun Adib Ra’ob yang bijak masuk diantara dua pertahanan Melaka United menyepak tinggi bola tinggi melepasi gawang gol.
Khairul Fahmi pula muncul penyelamat tuan rumah apabila berjaya menepis percubaan Adib sebelum menangkap bola yang hampir sahaja melepasi gawangnya pada minit ke-40.
Melaka United menggandakan asakan sebaik babak kedua bermula dan usaha itu akhirnya berhasil pada minit ke-66.
Pemain import dari Filipina itu menerima bola dari tengah padang sebelum melakukan larian menakjubkan ke arah kotak penalti dan kemudiannya melepaskan satu sepakan lencong menerjah gawang untuk mengikat kedudukan 1-1.
Gomes terlepas peluang meletakkan Melaka United di depan pada minit ke-72 namun gagal menyudahkan hantaran Sony dari sebelah kanan pelawat.
Kemenangan ini melonjakkan Melaka United ke tangga ketujuh Liga Super namun itu dijangka berubah apabila 10 pasukan lain beraksi malam esok.
Foto: MUFC