.

.

Tiba masanya tukar ‘coach’ - Halim Jantan


Lima musim tanpa sebarang piala dan acap kali terumbang-ambing bergelut di zon penyingkiran membuatkan pengurusan Melaka United perlu membuka mata melakukan titik perubahan.


Lagenda bola sepak Melaka, Abdul Halim Jantan berkata, beliau secara peribadi berharap kelab berani melakukan perubahan (jurulatih) bagi mengecap kejayaan pada musim depan.


“Lima tahun beraksi dan kekal dalam Liga Super tanpa satu piala adalah kegagalan bagi pengurusan dan pasukan.



“(Sudah) tiba masa cari ketua jurulatih terbaik di Malaysia yang mampu mengubah taktikal dan mental pemain,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.


Melaka United yang dibimbing Zainal Abidin Hassan sejak tiga musim gagal memenangi sebarang trofi dan kerap bergelut di zon penyingkiran pada akhir musim.


Namun, Melaka United malam tadi berjaya mengesahkan kedudukan mereka di Liga Super musim depan selepas menundukkan Perak FC 2-1 hasil jaringan Manuel Ott dan Sony Norde.


Foto: MUFC

Powered by Blogger.