.

.

Cipta sejarah sejak 1983, Melaka United ke separuh akhir Piala Malaysia


Semakin hampir ke Bukit Jalil! Melaka United mengesahkan tiket ke separuh akhir TM Piala Malaysia 2021 selepas menundukkan Sabah FC 2-1 di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Gol masing-masing dari Adriano dan Sony Norde melengkapkan kemenangan secara agregate 3-1 Melaka United ke atas skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu.


Turun dengan berbekal kemenangan 1-0 di Likas minggu lalu, Melaka United terlebih dahulu di depan seawal minit kedua selepas rembatan dari luar kotak Adriano gagal diselamatkan Rozaimie Rohim di gawang skuad Sang Badak.


Tuan rumah terlepas peluang terbaik menggandakan jaringan selepas itu apabila Khairul Anwar Shahrudin berjaya melepasi perangkap offside namun penyudah yang lemah menafikan peluang tersebut.


Babak kedua menyaksikan pemainan lebih seimbang.


Pada minit ke-68 menyaksikan gol Sony dibatalkan selepas pengadil mendakwa telah berlaku kekasaran oleh Giovanne Gomes ke atas pertahanan Sabah FC.



Namun, itu tidak melemahkan semangat penyerang dari Haiti itu apabila mudah menyempurnakan peluang di depan gol untuk meletakkan Melaka United selesa 3-0 di depan menerusi agregate.


Pelawat gol saguhati pada lewat permainan namun itu tidak cukup untuk menyekat Melaka United daripada mencatat sejarah layak ke separuh akhir buat kali kedua sejak kali terakhir melakukannya pada 1983.

Powered by Blogger.