.

.

Hajat ungguli kumpulan C tertangguh, diikat Kelantan United


Melaka United memilih jalan sukar dalam perebutan juara kumpulan C TM Piala Malaysia 2021 selepas mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Tiga kali bangkit dari ketinggalan namun itu yang bukan diharapkan Zainal Abidin Hassan dalam pertemuan malam tadi. Biarpun wajar diberikan pujian atas kebangkitan namun kelemahan benteng pertahanan pastinya cukup membimbangkan.

Ini kerana, jika memperoleh tiga mata dari Kelantan sudah cukup untuk memastikan Melaka United menamatkan saingan selaku juara kumpulan sekali gus mengelakkan pertembungan dengan lawan lebih kuat di peringkat suku akhir.

Dalam aksi di Kota Bahru, Kelantan United terlebih dahulu di depan pada minit ke-22, selepas rembatan deras dari luar kotak penalti Yuki Tanigawa menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Enggan mengalah, skuad hijau putih bangkit menyamakan kedudukan tiga minit kemudian apabila Sony Norde mudah melepaskan rembatan melepasi Fikri Che Soh untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Skuad bimbingan Nazrulerwan Makmor itu bagaimanapun berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-39 menerusi penyerang import, Gassama Alfusainey sekali gus memastikan tuan rumah di depan 2-1 ketika menuju bilik persalinan.


Babak kedua menyaksikan pengusaan pasukan pelawat. Usaha Melaka United mencari gol penyamaan berhasil apabila sepakan percuma cantik S. Kumahran menerjah gawang Fikri pada minit ke-55.


Kealpaan benteng pertahanan Melaka United terus dihukum apabila Shafizi Iqmal mudah memperdaya dua pemain lawan sebelum melepaskan rembatan melepasi Khairul Fahmi.

Manuel Ott muncul penyelamat apabila meledakkan gol penyamaan Melaka United pada ke-84 sekali gus memastikan pasukan pelawat pulang dengan satu mata.

Foto: MUFC

Powered by Blogger.