.

.

Ifedayo kembali ke Melaka United


Kepulangan yang dinanti. Ifedayo Olusegun bakal memperkuatkan Melaka United selepas bersetuju untuk menyertai skuad hijau untuk kempen Liga Malaysia musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Datuk Justin Lim berkata, pemenang Kasut Emas Musim 2020 dan 2021 itu akan mendatangani kontrak selama dua tahun.


“Ifedayo akan datang ke Melaka United. Saya percaya dia mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pasukan.



“Harap dia dapat beraksi dengan baik bersama Melaka United. (Lagipun) dia telah bersama Melaka United sebelum ini. 


“Jika dilihat persembahan dia musim ini dan menjadi penjaring terbanyak, Ifedayo akan berikan banyak impak (besar dalam pasukan).


“Kita mesti pastikan kesemua pemain dapat mencipta keserasian untuk menjadi pasukan terbaik,” katanya kepada Cakap Sukan semalam.

Powered by Blogger.