.

.

Juarai kumpulan C, Melaka United tempa pertemuan dengan Sabah FC


Melaka United muncul juara kumpulan C TM Piala Malaysia 2021 selepas menumbangkan Kedah Darul Aman 2-0 di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Beraksi di atas padang licin, Melaka United mendominasi babak pertama menerusi gerakan berbahaya terutama dari bahagian sayap kiri dan kanan.

Usaha itu berhasil apabila Sony Norde berjaya masuk ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang ke gawang Kedah.


Penjaga gol skuad Lang Merah, Ifwat Ikmal Che Kassim menepis percubaan tersebut namun kegagalan pertahanan, Rodney Calvin mengeluarkan bola membuka ruang kepada Manuel Ott untuk melepakan sepakan padu menerjah gawang pelawat pada minit ke-23.

Pelawat cuba bangkit di babak kedua namun anak buah Zainal Abidin terus mengekalkan rentak positif. 

Dan pada minit-minit akhir perlawanan menyaksikan Giovanne Gomez berjaya menanduk masuk gol kedua Melaka United untuk memastikan tiga mata penuh milik tuan rumah.

Selaku juara kumpulan, Melaka United bakal berdepan saingan Sabah FC di peringkat suku akhir.

Foto: MUFC


Powered by Blogger.