.

.

Melaka United, KL City terikat di Cheras


Melaka United membawa pulang kelebihan gol di tempat lawan selepas mengikat Kuala Lumpur City 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di Cheras malam tadi.

Melaka United berjaya memperoleh gol seawal minit kelapan menerusi sepakan percuma menarik Adriano untuk meletakkan pelawat di depan.


Namun, KL City bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-28 apabila Zhafri Yahya menanduk masuk hantaran Paulo Josue untuk menjadikan kedudukan 1-1.


Beraksi di atas padang basah menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan namun tiada tambahan gol dihasilkan selepas itu.


Perlawanan separuh akhir kedua bakal berlangsung di Stadium Hang Jebat Jumaat ini yang akan menjadi penentu pasukan manakah yang akan mara ke final.

Powered by Blogger.