.

.

Trio import kekal di Melaka United musim depan

Inilah khabar yang ditunggu-tunggu penyokong Melaka United apabila trio import berbisa, Sony Norde, Manuel Ott dan Adriano akan dikekalkan untuk musim depan. 


Namun, kedudukan Jang Suk-won selepas tiga musim di Stadium Hang Jebat masih samar sementara kontrak penyerang, Giovanne Gomes tidak akan disambung.


Perkara itu disahkan sendiri oleh pemilik, Datuk Seri Justin Lim.



“Sony, Ott dan Adriano akan dikekalkan untuk musim depan daÅ„ bergandingan bersama pemenang Kasut Emas 2020 dan 2021, Ifedayo.


“Kami akan tampil dengan lebih menyakinkan dalam saingan musim 2020,” katanya kepada portal Cakap Sukan semalam.


Pengumuman tersebut menutup khabar akhir penghijrahan Sony dan Ott yang dikatakan masing-masing bakal ke Kedah Darulaman dan Selangor FC musim depan.

Powered by Blogger.