.

.

Zainal tak ‘out’


Melaka United berhasrat mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih musim depan selepas membawa pasukan mengulangi pencapaian 1983 layak ke separuh akhir Piala Malaysia. 


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Seri Justin Lim Justin berkata, Zainal akan dibantu jurulatih dari Korea Selatan yang pernah beraksi dalam dua edisi Piala Dunia atau seorang lagi calon dari Portugal.



Dalam pada itu Justin berharap penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dapat meneruskan kariernya di Stadium Hang Jebat selepas khabar angin kuat mengatakan bahawa dia akan berkelana ke Sabah.

Bagaimanapun, masih belum bermula perbincangan lanjutan kontrak bersama barisan jurulatih dan pemain lagi yang mungkin akan dilakukan minggu depan.


"Kami telah menyenarai pendek calon pembantu jurulatih yang akan dinamakan.


"Ia akan diputuskan tidak lama lagi,” katanya kepada Nadi Weekend seperti yang dipetik dari Stadium Astro hari ini.


Foto: MUFC

Powered by Blogger.