.

.

Dari Penang Ke Melaka? Bryan See, Fadhil Idris ubah angin ke selatan tanah air

Melaka United dijangka menandatangani dua bekas pemain Penang FC, Muhammad Fadhil Idris dan Bryan See Tian Keat bagi mengharungi Liga Malaysia 2022.

Bryan See telah secara rasmi diumumkan meninggalkan skuad Harimau Kumbang musim ini sementara Fadhil dijangka mengikut jejak langkah penjaga gol itu berhijrah ke selatan tanah air.


“Selepas semusim bersama Penang FC, Fadhil yang juga bekas pemain tengah PKNP FC bawa haluan baru apabila difahamkan menyertai Melaka United musim depan,” kata wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azman menerusi ciapan di Twitternya semalam.


Fadhil yang beraksi di bahagian tengah bertahan terkenal dengan aksinya yang begitu keras bagi melindungi barisan empat pertahanan (back four) daripada ancaman lawan.


Namun rekod pemain berusia 25 tahun itu tidak begitu baik apabila pernah digantung empat perlawanan ketika beraksi untuk PKNP FC pada 2017 selepas menumbuk pemain Terengganu, Issey Faran Nakajima.


Bagaimanapun, itu bukan ukuran sebenar apabila disiplin pemain semakin baik apabila jarang menerima layangan kad ketika beraksi bersama Penang FC musim ini.

Powered by Blogger.