Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dijangka melaporkan diri ke kem Sabah FC pada awal Januari 2022.
Menurut Facebook OH Sabahku, Khairul Fahmi atau Apek bakal melaporkan diri bersama tiga lagi muka baharu yang beraksi untuk skuad kebangsaan di Piala AFF Suzuki lalu seperti Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan dan Rizal Ghazali.
Keempat-empat pemain tersebut dijangka akan melaporkan diri pada 10 Januari depan.
Kesemua maklumat ini disiarkan menerusi satu surat ‘Senarai Nama Pemain Liga Super Sabah Musim 2022’ yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Firdaus Akhbar Khan.
Jika surat itu benar, maka terjawab sudah teka teki mengenai penghijrahan Apek ke negeri di bawah bayu itu.
Selain Apek, seorang lagi penjaga gol, Ahmad Solehin Mamat dijangka turut berhijrah mencari angin baharu bersama Kelantan FC bagi musim 2022.
Foto: MUFC