.

.

Melaka United umum pemain, jurulatih sebelum Tahun Baharu Cina


Melaka United akan mengumumkan senarai penuh skuad dan staf kejurulatihan bagi musim 2022 seawal akhir minggu ini atau selewat-selewatnya sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Justin Lim berkata, terdapat rombakan dalam pasukan dalam usaha membentuk momentum lebih positif.


"Kita masih dalam persediaan dan barisan baharu akan diumumkan pada penghujung minggu depan sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.


"Ramai yang tertanya-tanya barisan pasukan Melaka United terutama siapakah jurulatih, namun kita akan umumkan selepas ini. 


Kita yakin mampu berada di tangga terbaik untuk liga musim 2022," katanya seperti dipetik dari Berita Harian selepas menghadiri Kongres MUSA ke-66 di Ayer Keroh semalam.


Mengulas lanjut, Justin berkata, pihaknya sedang melaksanakanq penilaian prestasi kepada semua pemain Melaka United sebelum menyenaraikan kehadiran pemain import baharu dalam pasukan.


Katanya, pendekatan itu perlu dalam usaha memantapkan pasukan ke arah yang lebih baik selepas merekodkan pencapaian mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.

Powered by Blogger.