.

.

Justin yakin kemampuan muka baharu dan lama


Adunan muka baharu dan lama diharap mampu menjelmakan sesuatu buat Melaka United bagi musim baharu 2022.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Justin Lim Hwa Tat berkata, keputusan beberapa pemain utama seperti Sony Norde untuk kekal di Stadium Hang Jebat merupakan bonus buat pasukan.


“Saya gembira Sony, Adriano dan pemain-pemain tempatan mengambil keputusan untuk kekal bersama Melaka United. 


“Saya fikir mereka percaya dengan projek kami dan berharap dapat mencapai lebih lagi dengan persembahan mereka.



“Saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada pemain import dan tempatan baharu serta berharap dengan tenaga dan pengalaman, mereka dapat memacu Melaka United ke arah kedudukan lebih baik dalam Liga Super dan kejohanan piala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Melaka United menamakan Risto Vidakovic sebagai ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Zainal Abidin Hassan.


Seramai 10 pemain tempatan termasuk Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Akmal Md Zahir kekal di Melaka sementara Sony dan Adriano memilih untuk terus berbakti untuk skuad hijau putih.

Powered by Blogger.