.

.

Syahrul Azwari kembali sertai Melaka United


Pemain sayap, Syahrul Azwari Ibrahim kembali ke pangkuan Melaka United selepas tiga meninggalkan kelab.

Pemain berusia 29 tahun itu pulang ke Melaka bersama bekas rakan sepasukannya pada 2018, Ifedayo Olusegun untuk bersama-sama berada di bawah bimbingan Risto Vidakovic.


Pemain berusia 29 tahun yang sinonim beraksi di sayap kanan ini kembali berhijrah ke Melaka selepas bersama Kelantan United FC musim lalu dan Kedah pada 2019 dan 2020. 


“Syahrul Azwari antara tonggak penting Melaka United pada musim 2018 bersama Ifedayo Olusegun yang turut bakal kembali menyertai Skuad Hang Tuah musim ini. 


“Semoga kehadiran semula Syahrul Azwari ke Melaka United bakal memperkuatkan lagi cabaran pasukan dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Powered by Blogger.