Tiada Razman, Black ‘patah balik’ kekal bersama 9 pemain tempatan


Hanya 10 pemain tempatan dikekalkan Melaka United bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2022.

Tiada kelibat Mohd Razman Roslan sebaliknya Mohd Faris Shah Rosli atau Black dilihat membuat pusingan U daripada ke Paroi untuk kekal semusim lagi di Melaka.


Antara pemain yang kekal termasuk penjaga gol, Norazlan Razali, Mohd Akmal Md Zahir, Wan Amirul Afiq Wan Abd Rahman dan Khairul Anwar Shahrudin.


Turut kekal musim ini adaag Hasbullah Abu Bakar, Fakhrullah Rosli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Faizal Talib serta penyerang muda, Hazim Abu Zaid.


Ahmad Syamim Yahya pula dilaporkan menyertai Perak FC menjadikan senarai pemain yang kekal seramai 12 orang termasuk Adriano dan Sony Norde.