.

.

MUFC bertanggungjawab selesaikan gaji tertunggak


Isu tunggakan gaji sekali lagi membelenggu pasukan Melaka United. Tetapi kali ini agak mengejutkan apabila ianya berlaku selepas mengambilalihan saham kelab oleh syarikat produk berasaskan getah, KenTeam yang diterajui Datuk Justin Lim Hwa Tat.

Persoalan demi persoalan timbul dalam benak fikiran penyokong. Ada menujukan salah kepada Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) dan tidak kurang juga yang menuding jari kepada Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Tunggakan gaji ini pastinya perlu dilihat kepada jumlah saham yang dipegang pemilik di mana pemilikan saham sebanyak 70 peratus oleh KenTeam dimeterai di ibu negara pada 7 April tahun lalu, sementara bagi 30 peratus lagi kekal milik MUSA.


Sumber dalaman MUSA memberitahu, kontrak pemain bermula daripada Disember 2020. dan berakhir pada 30 November 2021.



Katanya oleh kerana kontrak bermula Disember, MUSA telah menyelasaikan gaji selama empat bulan sebelum menyerahkan 70 peratus saham kepada Datuk Justin pada April lalu.

“Isu gaji tertunggak berlaku sebelum Datuk Sulaiman mengambilalih pasukan, dengan lebih jelas lagi di bawah kepimpinan terdahulu pada tahun 2020. 


“Sejak peralihan kepimpinan, Datuk Sulaiman bertanggungjawab membayar semua gaji tertunggak sehingga selesai termasuk bulan terakhir pada Mac 2021.


“Jika mengikut pegangan saham 70-30, gaji bagi April sehingga November 2021 adalah tanggungjawab KenTeam,” katanya kepada Melaka United Media hari ini.


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menerusi akaun Instagramnya berkongsikan teguran baginda terhadap Sulaiman berhubung isu gaji tertunggak Melaka United.


Sulaiman bagaimanapun berjanji akan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin bagi menjada baik nama pasukan.



Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, hutang persatuan ketika Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka ambil alih adalah RM14 juta namun sehingga kini menyusut kepada RM6 juta sahaja.

Hutang tersebut bukan hutang terkini seperti yang dituntut bekas pemain musim lalu.


“Sebanyak RM8 juta hutang telah diselesaikan Ketua Menteri walaupun dalam waktu pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Sekarang kami dalam proses menyelesaikan baki RM6 juta. Lagipun pasca PKP, ekonomi meleset dan agak sukar untuk mencari tajaan,” katanya.

Powered by Blogger.