Melaka United dilaporkan berminat melantik pengendali dari Serbia, Risto Vidakovic sebagai ketua jurulatih baharu bagi musim 2022.
Pengendali berusia 53 tahun itu berpengalaman mengendalikan kelab juara Filipina, Ceres-Negros (United City FC), Maziya (Maldives) dan Betis B (Sepanyol) dan Borneo FC (Indonesia).
Bakal mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Zainal Abidin Hassan, Vidakovic pernah melakar hatrik kejuaraan liga bersama Ceres-Negros serta memacu Maziya menjuarai Liga Maldives dengan rekod tanpa kalah pada 2021.
Menurut wartawan akhbar The Star, T. Avineshwaran, Vidakovic semakin hampir dinamakan sebagai pengendali baharu skuad hijau-putih.
“Berita terkini Melaka United. Difahamkan kelab itu berminat mendapatkan Vidakovic. Dia baharu sahaja meninggalkan kelab Indonesia, Borneo FC.
“Dia pernah mengendalikan kelab Ceres-Negros dan Maziya,” katanya menerusi ciapan di Twitter semalam.
Foto: Borneo FC