.

.

Vidakovic pengendali baharu Melaka United


Melaka United hari ini mengumumkan bekas pengendali United City FC, Risto Vidakovic sebagai pengendali baharu kelab itu bagi musim 2022.

Pengendali berusia 53 tahun itu berpengalaman mengendalikan kelab juara Filipina, Ceres-Negros (United City FC), Maziya (Maldives) dan Betis B (Sepanyol) dan Borneo FC (Indonesia).


Bakal mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Zainal Abidin Hassan, Vidakovic pernah melakar hatrik kejuaraan liga bersama Ceres-Negros serta memacu Maziya menjuarai Liga Maldives dengan rekod tanpa kalah pada 2021.


Kelab terakhir yang dikendalikan Vidakovic adalah dari negera jiran, Indonesia, Borneo FC. Pengendali itu hanya berada selama empat bulan di sana sebelum meletak jawatan kerana bimbang penularan varian Omicron Covid-19.


Susulan pengumuman ketua jurulatih baharu, Melaka United dijangka akan mengumumkan senarai muka baharu yang bakal memperkuatkan pasukan musim 2022.

Powered by Blogger.