.

.

Giliran Mat Yo berhijrah ke Melaka United


Melaka United membawa masuk penyerang berpengalaman, Nurshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bagi saingan Liga Malaysia 2022.

Penyerang berusia 35 tahun itu beraksi untuk Sarawak United musim lalu namun selepas semusim di bumi kenyalang, Mat Yo berhijrah ke Melaka untuk menjadi pemain terbaharu menyertai kelab.


“Melaka United mengumumkan pemain berpengalaman, Nurshahrul Idlan sebagai pemain terbaharu yang sah menyertai Skuad Hang Tuah, musim ini.


“Beliau adalah antara pemain senior tempatan yang masih beraksi serta pernah beraksi dengan beberapa pasukan termasuk Kelantan, Johor Darul Ta’zim, Negeri Sembilan, ATM, Terengganu, Felda United FC dan Pahang selain pernah beraksi Liga 1 Thailand, BG Pathum United FC pada 2020.


“Mat Yo juga telah membuat lebih 80 penampilan bersama skuad kebangsaan dengan 14 gol di peringkat antarabangsa,” kata Melaka United menerusi satu kenyataan hari ini.


Penyertaan Mat Yo memberikan lebih variasi dalam serangan Melaka United yang telah mengikat Ifedayo Olusegun, Emmanuel Otti, Syahrul Azwari Ibrahim serta berjaya mengekalkan Sony Norder di Stadium Hang Jebat.

Powered by Blogger.