.

.

Melaka United juara Piala TYT


Melaka United menjurai trofi Piala TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka selepas menundukkan Selangor 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 dalam 90 minit perlawanan di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Aksi pramusim itu menyaksikan kembalinya Ifedayo Olusegun dan Sony Norde ke dalam pasukan.



Melaka United terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-17, apabila pertahanan, Mohd Fadhli Shas tenang menanduk masuk sepakan penjuru Sony Norde.

Kelebihan itu tidak bertahanan lama apabila Selangor menyamakan kedudukan menerusi penyerang import, Caion untuk mengikat kedudukan 1-1 hanya selepas seminit ketinggalan.


Selangor terus garang meledak gol kedua pada minit ke-22, apabila Hyuri menghukum salah faham antara pemain Melaka United untuk menjadikan kedudukan 2-1.



Sony Norde yang baharu kembali menyertai latihan pramusim menyamakan kedudukan pada minit ke-43 untuk memastikan kedudukan terikat 2-2 menuju ke bilik persalinan.

Separuh masa kedua pula menyaksikan Selangor kembali di depan, sekali lagi jaringan Caion pada minit ke-78.


Namun, semangat tidak berputus asa yang dipamerkan pemain Melaka United berbalas apabila memperoleh gol penyamaan pada minit ke-83.



Penentuan sepakan penalti nyata berpihak kepada Melaka selepas Bryan See menyelamatkan sepakan penalti Syahir Bashah sekali gus muncul pemenang trofi pramusim itu.


Foto: MUFC

Powered by Blogger.