.

.

Oti tekad julang Melaka United


Pemain import baharu, Emmanuel Oti Essigba bertekad membantu Melaka United meraih kejayaan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Oti yang boleh beraksi bahagian sayap kiri dan kanan berkata, dia yakin skuad hijau putih itu mampu lakukan yang terbaik musim ini menandingi pencapaian tahun lalu.

"Sasaran saya adalah ingin mencipta sesuatu yang hebat musim ini. Segala yang kami mampu lakukan dan meraih satu pencapaian yang baik. 

"Kami tidak boleh berjanji tetapi akan cuba lakukan sehabis baik," katanya menerusi temubual ekslusif bersama media rasmi kelab.

Pemain kelahiran Ghana berusia 26 tahun itu berpengalaman luas beraksi di beberapa buah negara seperti Portugal, Denmark, Jepun dan Indonesia.

Kelab terakhir yang diwakili Oti adalah kelab divisyen dua Jepun, Vegalta Sendai.

Foto: MUFC

Powered by Blogger.