.

.

Dua gol Mat Yo bantu Melaka United benam cabaran PIB FC


Melaka United menepati ramalan untuk layak ke pusingan kedua Piala FA apabila mudah mengetepikan cabaran PIB FC 4-0 di Stadium Hang Jebat malam tadi.


Mendahului 1-0 menerusi jaringan lencong menarik Emmanuel Oti pada minit ke-11. 

Babak kedua menyaksikan Syukri Azman dilayangkan kad merah pada minit ke-54 selepas dilihat sengaja menampan bola di atas garisan bagi menafikan percubaan wajib gol Akmal Zahir. 

Pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Syukri dan menghadiahkan sepakan penalti buat Melaka United.


Pemain import, Adriano tiada masalah menyempurnakan sepakan penalti bagi meletakkan Melaka United selesa 2-0 di depan.


Pemain gantian, Norshahrul Idlan Talaha membuktikan penyudah berbisa masih dimilikinya apabila meledak dua gol pada minit ke-60 dan 75 bagi memastikan kemenangan mutlak 4-0 ke atas pasukan Liga M3 itu sekali gus layak ke pusingan kedua Piala FA.

Foto: MUFC

Powered by Blogger.